Cara bermain Osu!

Peringkat permainan dikenali sebagai beatmap. Dalam setiap beatmap, lagu akan dimainkan dan unsur-unsur hit yang berlainan (bulatan, slider dan spinner hit) akan muncul pada papan permainan. Pemain perlu menggunakan peranti penunjuk untuk memanipulasi elemen-elemen ini serentak dengan rentak lagu yang dimainkan untuk mendapatkan mata. Selain tetikus yang dianggap sebagai peranti penunjuk yang terkenal, gabungan tetikus, Tablet PC, tablet grafik dan papan kekunci juga boleh digunakan.

Objektif

Objektif utama ketika bermain osu! ialah pemain pemain perlu menyentuh, menyelesaikan, menghabiskan kesemua bulatan, slider dan spinner hit untuk mengekalkan bar nyawa mereka, yang menyusut pada kadar yang sekata sepanjang permainan, melebihi 0 sehingga lagu berakhir. Pemain yang lebih berpengalaman sering akan berusaha untuk mencapai matlamat yang lebih khusus dan sukar, seperti meningkatkan mata tinggi atau gred pada peta tertentu, biasanya dengan mencuba mengatur masa sentuhan mereka dengan lebih baik dan mengelakkan seberapa banyak mungkin yang tersasar untuk meningkatkan pengganda kombo.

Bulatan hit

Juga dikenali sebagai beat, bulatan hit biasa digunakan pada hampir setiap beatmap. Apabila bulatan hit muncul, sebuah lingkaran, yang dipanggil lingkaran masa, akan muncul pada bulatan hit dan semakin mengecil ke arah bulatan. Untuk mendapatkan markah pada bulatan hit, pemain mesti meletakkan kursor ke atas bulatan dan klik butang hit apabila lingkaran masa menyentuh hujung bulatan hit.

Slider

Slider akan muncul sebagai dua bulatan dengan sebatang laluan yang dipanggil runut gelongsor di antara bulatan-bulatan tersebut. Seperti bulatan hit, lingkaran masa akan muncul pada permulaan slider, yang mesti diklik apabila hujung bulatan disentuh oleh lingkaran masa. Tidak seperti bulatan hit, selepas menekan bulatan hit, sebiji bola yang dipanggil bola gelongsor akan muncul dan bergolek di sepanjang runut, dan pemain mesti terus mengekalkan butang hit dan memastikan kursor mereka berlegar di atas atau berhampiran bola gelongsor sehingga ia telah sampai ke penghujung gelongsor. Kadang-kadang akhir gelongsor akan mempunyai anak panah, yang bermakna pemain akan diperlukan untuk mengikuti bola gelangsar kembali ke titik permulaan.

Spinner

Spinner ialah sebuah bulatan yang besar dan hampir melitupi papan permainan. Bulatan ini akan membesar jika dipusingkan dan markah tambahan akan diberi jika putaran melebihi kuota yang diperlukan. Pada versi yang lama sebuah lingkaran masa akan mucul dan mengecil ke arah bahagian tengah bulatan semasa dipusingkan. Pemain mesti menahan butang hit dan membuat putaran pada kursor mereka di sekeliling pusat pemutar. Semasa pemain terus memutar, tolok pemutar di kedua-dua belah skrin mula mengisi, dan apabila ia telah dipenuhi, pemain akan diberitahu bahawa spinner telah diselesaikan. Seperti versi baru, putaran yang berterusan selepas itu dan sehingga cincin biru sampai pusat pemutar akan dianugerahkan mata tambahan.

Tepat dan terlepas

Bulatan hit, slider, dan spinner mempunyai kriteria yang berlainan jika ditekan tepat atau terlepas, dan juga mata yang diberi berlainan mengikut ketepatan semasa menekan bulatan hit.

Mengklik butang hit pada masa yang tepat ketika kursor berlegar di atas lingkaran hit atau permulaan gelongsor, atau menyelesaikan gelongsor akan mendapatkan pemain mata. Dalam kes bulatan hit, mata yang diberikan bergantung sepenuhnya kepada ketepatan masa hit. Slider umumnya dianggap lebih longgar, dan selagi pemain tidak menyentuh permulaan terlalu awal atau terlalu lewat, mengumpul semua mata gelongsor, dan terus memegang butang hit dan melegarkan kursor pada bola gelongsor sehingga mencapai penamatnya, bilangan mata maksimum akan diperolehi. Mata yang diberikan oleh sebuah spinner bergantung kepada bilangan putaran lengkap. Putaran tambahan selepas pemutar yang telah diselesaikan akan terus meningkatkan mata yang diperolehi. Hits yang berjaya akan mengisi tolok nyawa dengan jumlah yang kecil.

Tiada mata diperolehi apabila objek telah terlepas. Menekan bulatan hit terlalu awal atau terlalu lewat, gagal untuk memungut apa-apa sama ada detik slider atau menamatkan akhir gelongsor, atau gagal untuk mengisi tolok spinner jumlah yang mencukupi akan menyebabkan miss ditambah dalam mata pemain. Kelepasan, atau pelepasan detik atau penghujung gelongsor akan menyebabkan tolok nyawa menggugurkan mata dalam jumlah yang kecil.

Pemarkahan

Sebuah pengganda kombo dikekalkan sepanjang lagu. Setelah berjaya mengikuti objek (memukul bulatan hit, mencecah akhir slider atau detik gelongsor, menyelesaikan sebuah spinner, dll), pengganda meningkat sebanyak 1; apabila adanya kegagalan (terlepas bulatan hit, terlepas akhir slider atau detik gelongsor, tidak mengisi spinner dalam jumlah yang mencukupi, dll), penggandaan kembali kepada 0. Pengganda ini kemudian didarab dengan beberapa faktor termasuk kesukaran peta rentak yang dimainkan dan "pengganda mod", pengganda dikenakan pengguna akibat daripada pengaktifan mod pengubah permainan, yang kemudiannya didarab dengan nilai dasar hit untuk mendapatkan mata hit. Lebih tepat lagi, rumus mata hit ialah:

Mata bagi sebuah hit = Mata dasar bagi hit x (1 + penggandaan kombo x penggandaan kesukaran x penggandaan mod / 25)

Mod

osu! mempunyai beberapa mod yang boleh mengubah cara permainan. Mod-mod ini dikategorikan kepada tiga bahagian:

  • Pengurangan kesukaran: Mod-mod ini akan mengurangi kesukaran (contohnya, dengan mematikan kegagalan, jadi pemain boleh bermain walaupun bar nyawa mencapai sifar), tetapi akan mengurangkan penggandaan mata.
  • Peningkatan kesukaran: Mod-mod ini akan meningkatkan lagi kesukaran (contohnya, dengan menggunakan "lampu suluh" demikian hanya kawasan kecil di seluruh kursor boleh dilihat pada bila-bila masa), untuk meningkatkan penggandaan mata.
  • Khas: Mod-mod ini tidak digunakan pada mana-mana kategori. Mod-mod ini menyebabkan permainan tidak dipangkatkan dan markah tidak disimpan.